Permulaan Baru


Hampir semua manusia di dunia ini pernah mengalami kegagalan dalam kehidupan.  Kegagalan dalam pelajaran, percintaan, perkahwinan mahupun pekerjaan dan pelbagai lagi bentuk kegagalan yang saya percaya anda pernah mengalaminya sendiri.  Saya juga percaya kegagalan ini membuatkan kita berasa sedih, kecewa dan tertekan.

Amat mudah bagi manusia yang tidak pernah melalui kegagalan sedemikian untuk menyuruh kita untuk melupakan kegagalan tersebut begitu sahaja tanpa memberi sokongan terutamanya dari sudut emosi dan psikologi. 

Kita sebenarnya tidak boleh melupakan masa lalu. Masa lalu itu telah menjadi sebahagian dari diri kita, kehidupan kita.  Apa yang boleh kita lakukan hanyalah redha dengan ketentuan Allah SWT dan berusaha menerima kegagalan serta memperbaiki hidup kita untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Luahkan apa sahaja yang terbuku di hati kerana sekali sekala kita perlu bersihkan jiwa dari perasaan kecewa itu.  Tetapi jangan terus hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan kerana ianya hanya akan merosakkan jiwa dan tidak mendatangkan sebarang faedah pun. 

Berikut adalah 5 langkah untuk mulakan hidup baru:

      (1)   BERHENTI MEMBERI ALASAN
Berhentilah mencari alasan atas kegagalan masa lalu.  Kita tidak boleh memilih masalah yang menimpa kita walaupun kita telah berusaha untuk menghindarinya.  Kita harus percaya setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT.  Seharusnya kita mengakui bahawa setiap kegagalan itu adalah berpunca daripada kita sendiri.

Punca Kegagalan kita adalah kerana:
·       Tidak merancang dengan baik
·       Tidak mendengar nasihat orang lain
·       Mudah menyerah kalah

Akui, tinggalkan dan ambil pengajaran atas apa yang berlaku serta berhati-hati untuk tidak mengulanginya lagi.

      (2)   MEMBUAT PENILAIAN HIDUP
Menilai kehidupan kita kerana setiap kegagalan itu bukanlah untuk disesali tetapi untuk menjadi pengajaran bagi diri kita agar tidak melakukan hal yang sama di kemudian hari.  Nilai la apa pengalaman yang kita dapat? Apa yang masih kita miliki? Dan siapakah yang dapat membantu kita atau memahami kita?

      (3)   PERCAYA DIRI
Setiap manusia perlu percaya diri untuk berubah.  Jangan mengalah kerana gagal sekali bukan bermaksud kita akan gagal selama-lamanya. Fokuslah pada masa depan atau impian yang kita harapkan terjadi, in sha Allah hidup kita akan beroleh kejayaan.
  
      (4)   FOKUS SEMULA
Ubah cara kita berfikir.  Dekatkan diri kepada Allah SWT dan fokus semula apa yang kita mahu dalam kehidupan kita.

      (5)  PERCAYA KEPADA ALLAH SWT
Percayalah sepenuhnya kepada ketentuan Qada dan Qadar Allah SWT.  Mengapa kita gagal adalah sebab cara kita sendiri, tidak percaya dan menyerahkan seluruhnya kepada Allah SWT.

Teruskanlah BERUSAHA, BERDOA, BERIKHTIAR dan BERTAWAKAL, semoga kita beroleh ketenangan untuk memulakan hari dan hidup yang baru.



BY I AM MAZLIN




Comments

Popular posts from this blog

Public Gold LBMA Bullion Bar 0.5g (Au 999.9) - Wealth Card

BUNGA MAS PUBLIC GOLD

BOOK AN APPOINTMENT SEBELUM KE CAWANGAN PUBLIC GOLD