CARA TAHU KETULENAN EMAS
Semua jongkong emas yang ada di pasaran mesti memiliki sijil ketulenan emas. Sijil ini dikenali sebagai Assayer Certificate.
Produk emas dan perak keluaran Public Gold Marketing Sdn Bhd mempunyai sijil perakuan sah yang diiktiraf oleh Penguji Ketulenan atau lebih dikenali dalam dunia emas sebagai Assayer.
Assayer ini berperanan untuk menguji ketulenan setiap produk emas dan perak yang dihasilkan oleh kilang Public Gold bagi menepati piawai yang telah ditetapkan. Setiap produk akan melalui saringan yang ketat dan diuji sebelum disijilkan untuk dijual kepada orang ramai.
10 gram BungaMas
Profil
Assayer bertauliah yang menguji setiap produk keluaran Public Gold Marketing
Sdn Bhd
Oleh itu, tidak
timbul sebarang keraguan bahawa produk dari syarikat tersebut tidak tulen
atau tidak menepati piawaian terutamanya dari segi mutu, ketulenan
emas/perak dan juga berat emas/perak tersebut.
Setiap produk
keluaran Public Gold mempunyai sijil perakuan sah oleh Assayer bertauliah
Goldbar Public
Gold yang dibuat di Turki pula disahkan ketulenan oleh Assayer syarikat Nadir
Metal Refinery (NMR).
Berat emas 0.5
gram jenama Public Gold
Berat emas 1 gram jenama Public Gold
Salah satu cara paling mudah seperti yang digunakan
di Ar-Rahnu adalah menggunakan densimeter.
Ia dapat menguji berat emas dengan tepat dan melakukan ‘float
test’.
Salah satu ujian awal yang paling mudah untuk emas
di rumah adalah Float Test. Yang anda perlukan hanyalah secawan (atau mangkuk)
air dan barang emas anda. Yang harus anda lakukan ialah meletakkan kepingan
emas anda ke dalam air!
Sekiranya itu emas asli, maka ia akan segera
tenggelam ke bahagian bawah cawan. Emas tulen adalah berat kerana ketumpatan
tinggi (19.32 g / ml).
Sekiranya barang emas anda melayang atau melayang
di atas cawan, maka itu adalah emas palsu atau berlapis. Ini kerana
ketumpatannya lebih rendah (14K adalah 12.9 hingga 14.6 g / ml, 18K adalah 15.2
hingga 15.9 g / ml, dan 22K adalah 17.7 hingga 17.8 g / ml.)
Walau bagaimanapun, Ujian Float bukanlah ujian
tepat 100% kerana barang palsu itu boleh mempunyai logam berat lain yang juga
tenggelam. Inilah sebabnya mengapa ia mesti menjadi kaedah awal sahaja.
Sekiranya barang anda tenggelam dan anda masih
ragu-ragu, lakukan ujian berikut, tetapi juga perlu diingat bahawa emas sebenar
tidak berkarat atau berubah warna jika anda meletakkan di dalam air. Sebarang
tanda yang menunjukkan reaksi ini adalah pengesahan bahawa barang anda adalah
emas palsu atau berlapis emas.
Densimeter yang sudah lama tidak di maintenance
juga akan beri kesan kepada ‘result’ ketulenan emas itu sendiri.
Jadi, belilah emas Public Gold tanpa was-was. Diuji ketulenan emasnya dan disahkan patuh shariah.
Comments
Post a Comment