APA TUJUAN SIMPAN EMAS
1. KEBOCORAN WANG
Soalan cepu emas untuk kita semua.
Duit senang
simpan ke senang habis?
Perasan tak? bila dapat gaji sahaja, duit tu seakan mengalir macam air paip. Hendak tunggu hari gaji, kita rasa masa lambat sangat. Saya rasa kita semua rasa perkara yang sama, baik yang berpendapatan besar, mahupun kecil. Kalau duit tunai, memang cepat habis dibelanjakan.
Kebanyakan orang setiap kali terima duit sama ada dalam berupa gaji, wang saku mahupun hadiah, biasanya akan
berbelanja dulu kemudian baki tu baru simpan. Akhirnya yang mampu simpan
cumalah baki yang mungkin duit syiling sahaja! Itupun kalau ada.
Sebaliknya, duit yang ditukar kepada aset seperti emas akan
terselamat dari dibelanjakan. Bila dah berjaya tukar kepada aset
fizikal emas, kita berjaya menyimpan dalam bentuk yang lebih sukar dibelanjakan.
2. EMAS KALIS INFLASI & MENGEKALKAN KUASA BELI DALAM JANGKA MASA PANJANG
Dalam banyak buku-buku kewangan tulisan mentor-mentor, emas sering disebut sebagai aset kewangan yang kalis inflasi. Dan dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka masa yang panjang.Kuasa beli dan inflasi, memegang nilai dalam jangka masa panjang? Saya cuba kongsikan apa yang saya faham.
Contoh:
Pada tahun 2010, Encik Ahmad telah membeli dua ekor kambing untuk tujuan aqiqah anak lelaki beliau. Pada masa itu harga seekor kambing sekitar RM600 ke RM650. Pada tahun 2017, harga kambing dalam nilai RM semakin tinggi – sekitar RM800 ke RM900 tapi masih dapat dibeli dengan 1 Dinar Emas.
Agak-agak tahun 2020, dapat tak seekor kambing dapat dibeli dengan 1 dinar? Insya Allah dapat.
Kuasa beli dengan duit dengan emas tidak sama, penyimpan duit kertas tak akan lagi mampu beli kambing pada harga yang sama sebab INFLASI atau kuasa beli sudah jatuh. Sebaliknya, bagi orang yang menyimpan satu dinar emas, masih lagi mampu membeli kambing dengan harga yang sama walaupun selepas sepuluh tahun!
Terbuktilah, emas ialah aset kewangan yang KALIS INFLASI.
3. EMAS MEDIUM PELABURAN JANGKA PANJANG TERBAIK
Bagi saya, untuk pelaburan jangka masa panjang, emas adalah pelaburan yang terbaik. Berbaloikah kita simpan duit tapi dalam masa panjang, duit simpanan kita dimamah inflasi (kuasa beli) dan kejatuhan nilai matawang RM?
Dari segi nilai pelaburan jangka panjang, kelebihan aset fizikal emas mengatasi
aset dan intrumen kewangan yang lain sebab emas tidak akan jatuh menjadi nilai
KOSONG.
Cuba bayangkan aset kewangan lain, jika berlaku ketidakstabilan ekonomi dan politik, nilai hartanah di tempat tersebut pun akan jatuh dan tiada siapa nak beli! Exit plan yang sangat-sangat mencabar. Walaupun orang beli hartanah anda dengan tunai, ambik masa berbulan-bulan untuk selesaikan.
4. EMAS ~ SIMPANAN DAN PELABURAN YANG RASIONAL
Emas juga satu bentuk pelaburan yang rasional dan menenangkan. Untuk memulakan simpanan emas, tidak perlu modal yang besar cuma pembelian permulaan sebanyak 1 gram dan simpanan tambahan serendah RM100 sahaja. Tidak perlu ada proses jual beli atau dokumentasi, lawyer fee seperti kita beli aset hartanah.
Kalau dulu hanya kaum wanita sahaja yang boleh simpan emas, tetapi sekarang dengan kemudahan yang disediakan oleh syarikat seperti Public Gold, semua orang boleh menyimpan emas. Dulu terpaksa kumpul duit untuk beli rantai dan cincin, sekarang hanya serendah RM100 sahaja dah boleh mula menyimpan emas.
Emas yang dikumpul bermaksud kekayaan yang kita miliki menjadi
aset fizikal yang boleh dipegang, dipeluk, dimiliki, dikumpul (collector) dan
sangat mudah alih (mobile). Kalau ada kecemasan, aset emas sangat mudah
dicairkan kepada tunai dengan jual balik atau pajak, terus dapat cash.
Jadi dapat elak dari buat pinjaman atau guna kad kredit yang ada kadar
faedah yang tinggi.
Intrumen pelaburan yang baik memiliki kriteria seperti ini :
- Nilai jangka panjang terjamin
- Mudah dicairkan kepada tunai
- Kekayaan di tangan kita
- Ia aset mudah alih – mobile
- Menutup nafsu berbelanja (kekayaan bertahan lama)
- Aset fizikal mampu milik
5. EMAS – ASET/ALAT KEWANGAN MUDAH ALIH
Dalam majalah bisnes The Times, seorang pakar kewangan menyebut jika kita melabur dalam intrumen pelaburan kewangan di bank, apa yang berlaku sebenarnya ialah…
“Kita meletakkan kekayaan kita dalam poket orang lain dan menunggu satu tempoh masa. Bila sudah sampai masanya, kita akan ambil balik bersama pulangan yang dijanjikan. Dalam tempoh masa tersebut, kekayaan itu bukan jadi milik kita sepenuhnya.”
Berbeza dengan pelaburan emas, bila kita menukarkan duit kepada emas, kekayaan itu masih sepenuhnya milik kita. Kalau kita melabur dalam hartanah dan rumah, proses dokumentasi jual beli yang panjang boleh makan sehingga 6 – 9 bulan untuk diselesaikan. Belum lagi kira kos guaman dan kos penyelenggaraan rumah. Malah aset hartanah dan rumah tidak boleh di alih. Kalau kita terlepas bayar cukai rumah 2,3 kali baru kita tahu siapa empunya sebenar hartanah tersebut.
Sebaliknya emas, kalau kita berpindah dari satu satu tempat ke tempat yang lain,
aset emas boleh dibawa dengan mudah.
Jika berlaku keadaan yang tidak baik seperti pergolakan politik seperti perang,
kita masih boleh membawa bersama emas tersebut ke mana sahaja tanpa perlu
risau risiko kejatuhan nilai. Pelarian Vietnam sebagai contoh dalam Perang
Vietnam, melarikan diri bersama aset emas. Mereka kemudian memulakan hidup baru
dengan modal emas di negara orang. Sebab matawang negara yang
bergolak pasti tidak laku lagi.
Contoh mudah pada tahun 2020 semasa wabak COVID-19 sedang melanda, ramai di antara kita tidak dibenarkan keluar rumah dan kebanyakannya telah putus mata pencarian dan hilang pekerjaan. Pada masa seperti ini, aset emas amat bernilai dan dijadikan barang gadaian bagi mendapatkan tunai.
6. EMAS MAGNET KEKAYAAN
Bila kita miliki duit kertas, kita akan terus fikir nak beli apa. Sebaliknya kalau miliki emas, psikologi manusia akan SAYANG dan terus rasa nak SIMPAN. Sebenarnya, menjadi fitrah manusia sukakan emas sebagaimana dalil dalam Al-Quran, Surah Ali Imran Ayat ke 14.
" زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلْبَنِينَ وَٱلْقَنَٰطِيرِ ٱلْمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلْفِضَّةِ وَٱلْخَيْلِ ٱلْمُسَوَّمَةِ وَٱلْأَنْعَٰمِ وَٱلْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسْنُ ٱلْمَـَٔابِ
Arab-Latin: Zuyyina lin-nāsi ḥubbusy-syahawāti minan-nisā`i wal-banīna wal-qanaṭīril-muqanṭarati minaż-żahabi wal-fiḍḍati wal-khailil-musawwamati wal-an'āmi wal-ḥarṡ, żālika matā'ul-ḥayātid-dun-yā, wallāhu 'indahụ ḥusnul-ma`āb
Terjemahan: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)."
Apabila sudah jadi tabiat menyimpan emas, baik dalam bentuk barang kemas mahupun
jongkong pelaburan, automatik perasaan suka kumpul dan sayang akan terbit. Dari
1 gram bertambah lagi 1 gram, dari sedikit semakin lama semakin bertambah.
Sudahnya, koleksi akan terus bertambah dan nilai kekayaan meningkat. Tak
hairanlah bila ramai mentor-mentor kewangan sebut EMAS MAGNET
KEKAYAAN.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada
anda semua.
Comments
Post a Comment