5 TIPS PANDUAN PELABURAN ASAS
Anda baru nak berjinak-jinak dengan pelaburan
emas?
Sebelum anda memulakan pelaburan (apa-apa
sahaja pelaburan seperti saham, hartanah, emas, perak, cryptocurrency dan
bermacam-macam lagi) terdapat beberapa proses yang perlu anda lalui.
5 TIPS
PANDUAN PELABURAN ASAS
1. Buat penyelidikan tentang pelaburan tersebut. Belanja duit untuk membaca sekurang-kurangnya 10 buku tentang pelaburan tersebut. Pada peringkat ini anda mungkin mendapati pelaburan tersebut mungkin tidak sesuai dengan anda. Namun jika anda rasa tertarik dengan pelaburan tersebut dan ingin bermula maka pergi ke step yang kedua.
2. Mulakan dengan kecil-kecilan dahulu. Anda perlu merasa pengalaman membeli, menyimpan atau menjual pelaburan tersebut. Contohnya mula buka akaun GAP dengan RM100 atau mula membeli emas fizikal 1 gram atau 5 gram atau 1 dinar.
3. Konsisten. Ini adalah tips yang penting terutamanya untuk pelaburan yang ada naik turun harga. Anda mesti konsisten supaya anda boleh rasa pengalaman membeli ketika harga sedang naik atau sedang turun.
4. Selepas selesa dengan langkah 2 dan 3. Maka langkah yang keempat adalah melabur dengan banyak. Ini kerana prinsip pelaburan adalah melabur banyak = untung banyak. Contoh melabur banyak adalah melabur 50% daripada lebihan tunai yang anda ada setiap bulan. Katakan harga emas naik 50% dalam masa 3 tahun, jika anda melabur RM10,000 maka anda cuma untung RM5,000 dalam masa 3 tahun, namun jika anda melabur RM1 juta, maka anda akan untung RM500,000 dalam 3 tahun.
5. Pelaburan seperti emas (termasuk saham,
hartanah, minyak, bitcoin dan bermacam-macam lagi) ada turun naik harga. Jika
harga emas turun, jangan panik. ini adalah normal. Anda perlu lihat pelaburan
emas adalah untuk jangka panjang (3 tahun keatas).
Harap 5 tips yang dikongsikan di sini boleh
membantu anda.
Sumber: Tuan Azizi Ali, Mentor Kewangan Malaysia
Comments
Post a Comment