FAKTA TENTANG EMAS
1) Emas tetap aset paling murah boleh dibeli oleh semua orang tanpa perlu tengok kelayakan payslip gaji.
2) Emas adalah aset paling mudah dicair untuk dapatkan tunai. Sama ada jual semula atau pajak gadai di Ar-Rahnu.
Gadai di Ar-Rahnu tak lama, dapat duit nanti kita
tebus semula. Kenapa nak risau sangat dengan CCRIS. Hutang rumah ratus-ratus
ribu boleh je pejam mata.
3) Satu-satunya
aset yang boleh dibeli oleh orang yang bankrap. Ramai berjaya keluar dari
masalah hutang dengan emas.
4) Matawang yang dah wujud sejak 3,000
tahun lepas dan kekal bernilai hingga hari ini.
5) Memiliki
emas bukan semata-mata hanya bagi tujuan pelaburan sahaja. Majoriti adalah
penyimpan emas walaupun dalam skala besar. Berfungsi sebagai 'hedge against inflation'.
Emas hanya salah satu
daripada 'tool kewangan'. Ia bukan 100% perfect tapi ia berguna dalam masa-masa
tertentu seperti sekarang ini. Pokok pangkalnya, diversify.
Selalu petik nama Robert Kiyosaki dengan Warren
Buffet kan, haa emas pun salah satu portfolio mereka.
Meminjam kata-kata Tony Fernandes iaitu pengasas
syarikat penerbangan Air Asia dan diadjust sikit, "Now Everybody can buy
gold!"
Comments
Post a Comment