KELEBIHAN PUBLIC GOLD YANG ANDA PERLU TAHU

Kalau tanya saya, mana bagus beli emas Public Gold atau emas jenama lain?

 tentunya saya akan jawab Public Gold.

 

Saya mula beli emas Public Gold sejak 2010. Public Gold yang paling senang beli emas, telus tengok harga beli dan jual, mudah dijual, untung maksimum dan urusniaganya sangat telus. Pendek kata ia adalah platform terbaik untuk pelaburan emas fizikal di Malaysia buat masa ni.


Jangan percaya cakap saya, tapi cuba teliti 10 point yang saya senaraikan ni dan ekstra 1 lagi jadi 11 point. Dan bandingkan Public Gold “secara pakej” dengan emas-emas jenama lain yang ada dalam pasaran.

 

#1 – Harga Lebih Murah dan Bebas GST!

 


Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas.  Malah ia lebih murah berbanding harga kebanyakkan pengeluar emas lain.

Public Gold boleh jual harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram atau sekitar 15% berbanding kedai emas.

Public Gold adalah kilang emas, seolah-olah kita beli terus dari kilang.  Apabila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak emas dengan bajet yang sama.

#2 – Kadar Spread Terendah Di Pasaran

 

Spread (atau selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”) adalah kriteria paling penting kalau nak dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.

Spread emas Public Gold cuma 5% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih.

Kadar spread tu antara yang terendah di pasaran, selain Kijang Emas Maybank, emas fizikal yang dijual di UOB Bank, dan emas Kuwait Finance House (KFH).

Kalau sahabat pembaca perhati, pembeli emas Public Gold lah yang paling aktif jual beli emas di Malaysia! Ini disebabkan spread yang rendah.  Bila harga emas naik sikit jer, pembeli dah boleh jual untuk dapat untung.

#3 – Stok Tiada Had

Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu.

Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock . Hentikan jualan buat sementara waktu.

Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold promote suruh beli.

Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”.  Saya perhati, ada syarikat lain, bila harga menjunam, barang terus out of stock. Harga murah pun tak berguna.

Bila harga tinggi baru muncul stok-stok tu. Bila macam ni, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.

 

#4 – Banyak Cawangan Seluruh Malaysia

 

Urusan jual beli emas Public Gold senang sebab banyak cawangan seluruh Malaysia.

Setakat tahun 2017, Public Gold ada lebih 18 cawangan termasuk satu di Jakarta (Indonesia).  Setiap negeri ada cawangan Public Gold (kecuali Perlis).

Jadi kita tak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.

Biasanya kalau nak beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila nak jual balik tu yang agak bermasalah kalau cawangan tak banyak.

Masa nak beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa nak jual balik, tak ramai dealer yang sanggup beli balik.

Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat tak kisah berapa kilogram kita nak jual semula.

 

#5 – Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak

 



Ini pula jenis LBMA. Perlu anda ketahui, selain dari Arrahnu POS kalau nak gadai kena bukak plastik. Nanti masa jual semula emas ke Public Gold akan tolak sebanyak 10 peratus dari PG Buy.

Public Gold adalah syarikat paling tak cerewet bila kita nak jual balik emas.  Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit asalkan berat masih kekal.

Kalau hilang sijil ketulenan, Public Gold cuma tolak RM10 jer atas setiap item. Orang yang simpan emas Public Gold lebih peace of mind.

#6 – Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu

 

Emas Public Gold paling diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak jer emas Public Gold untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kemudahan pajakan ni penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

Emas Public Gold boleh dikatakan diterima hampir semua institusi ar-rahnu termasuk dua ar-rahnu terbesar di Malaysia iaitu Pos Ar-Rahnu, dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yang lebih menarik, terdapat 4 ar-rahnu yang terima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik untuk uji ketulenan iaitu:

Ar-rahnu lain yang juga terima gadaian emas Public Gold (tetapi disyaratkan potong sarung plastik untuk diuji ketulenan) ialah Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Exchange, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, dan Ar-Rahnu Ekspress.

 

#7 – Sistem Booking Harga 24 jam Sehari

Harga emas Public Gold dikemasikini (update) setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia.

Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik.

Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.

Jadi kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke office Public Gold.

Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 4 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita free (selewatnya 2 bulan).

Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu. Nak jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja.

Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik.

Anda boleh beli emas Public Gold 24 jam. Tak semesti pada office hours. Kita boleh beli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj.

 

Kalau nak keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, kita boleh keluarkan pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold.

Kalau nak jual pun, boleh jual secara online untuk emas yang ada dalam akaun.

Gold Accumulation Plan (akaun emas Public Gold).

 

#8 – Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar

Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar.

Dah beberapa syarikat dah yang saya dengar, bila orang nak jual balik dalam jumlah yang besar ketika harga tinggi, syarikat tak mampu beli!  Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang kaut keuntungan.

Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tak mampu beli balik.  Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik masa harga mahal dengan nilaian jutaan ringgit sehari.

Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran!  Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun dah bermasalah untuk bayar sekaligus! Inikan pula jutaan ringgit sehari.



Arrahnu POS juga joint venture dengan Public Gold urusan puluhan juta ringgit. Tiada masalah!

#9 – Emas Disertakan Sijil Ketulenan

 


Setiap gold bar dan dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh assayer bebas.  Jadi tak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold.

Sejak 2008 lagi, tak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh ar-rahnu di Malaysia.

Banyak emas yang dijual dipasaran tak ada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tak ada sijil ketulenan.

#10 Jual Beli Emas Patuh Syariah

Public Gold mempunyai sijil patuh syariah oleh panel syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Shariah untuk Bank Negara Malaysia. Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold. Ianya telahpun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama di dunia.


Sijil pengesahan patuh syariah untuk pembelian secara Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan Buyback.

Sijil pengesahan patuh syariah untuk pembelian melalui akaun emas dan perak.

#11 Peluang jana pendapatan pasif dengan Public Gold 

 

Setelah anda mendaftar dengan Public Gold, ID PG00****** yang anda terima boleh digunakan di PGMALL.My.  Di sana anda berpeluang menjada pendapatan pasif dengan berkongsi link referral anda kepada teman-teman dan keluarga anda.  Setiap pembelian anda dan kenalan anda, anda akan menerima cash reward dan cash back.

 

Mari sertai keluarga Public Gold sekarang!


Comments

Popular posts from this blog

Public Gold LBMA Bullion Bar 0.5g (Au 999.9) - Wealth Card

BUNGA MAS PUBLIC GOLD

BOOK AN APPOINTMENT SEBELUM KE CAWANGAN PUBLIC GOLD