APA ITU PREMIUM CAJ DAN EPP PREMIUM
CAJ
PREMIUM
(Premium Charge) atau Caj Gold Premium sebenarnya adalah kos Public Gold
menghantar emas dari HQ di Pulau Pinang ke seluruh cawangan untuk mudahkan
pembeli emas ambil dari mana-mana cawangan Public Gold (serta cawangan Pos
Ar-Rahnu) terdekat seluruh Malaysia, Singapore atau Indonesia.
Caj Gold Premium bukanlah caj penghantaran kepada pembeli seperti caj PosLaju. Tetapi Public Gold hanya menghantarkan emas ke cawangan Public Gold (atau cawangan Pos Ar-Rahnu terdekat). Selain ambil dari cawangan Public Gold, pembeli emas Public Gold juga boleh ambil dari mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu terdekat (hanya untuk pembeli non-GAP).
Emas Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia secara real time. Harga tersebut belum termasuk kos logistik (menggerakkan produk) ke cawangan berhampiran dengan kita.
Cawangan Public Gold tak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre. Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan sesuatu cawangan.
Contoh:
Pengiraan atau estimated cost perlu dibayar
jika pilih cara belian Tunai atau pengeluaran Akaun Gold Accumulation Program
(GAP) dapat dirumuskan seperti berikut:
Total
= Harga emas PG SELL + (Premium Caj)
CAJ EPP PREMIUM (Premium
EPP Charge)
Contoh:
Pengiraan atau estimated cost perlu dibayar jika pilih
cara belian EPP10 dapat dirumuskan seperti berikut:
Total
= Harga emas PG SELL + (Premium Caj) + (EPP Premium)
Pembelian 10 gram secara EPP10:
- Harga semasa 20 gram ialah RM2,185. Jadi setiap
bulan bayar RM218. Baki RM0.50 didarab dengan 10 bulan, totalnya RM5.
- Caj Premium: RM15
- Caj EPP Premium: RM10
- Bulan pertama, Abu bayar: RM218 + RM15 + RM10 + RM5
- Bulan seterusnya cuma bayar RM218 sahaja.
Comments
Post a Comment