PAJAK GADAI ARRAHNU@POS


Pos Ar-Rahnu Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Jun 2012 dengan pembukaan dua cawangan di Pejabat Pos Bandar Baru Bangi dan Kuala Terengganu.  Kini, terdapat 65 cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara.

 

Pos ArRahnu menawarkan pembiayaan bercagarkan emas sehingga 75 peratus dari nilai marhun. Perkhidmatan pembiayaan ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan warga asing yang mempunyai pasport yang sah.

 

Kemudahan pembiayaan ini bakal membantu golongan peniaga kecil, keluarga berpendapatan rendah serta penjawat awam yang memerlukan khidmat pinjaman kredit dengan mudah dan selamat.

 

Pada November 2015, Pos ArRahnu telah melancarkan perkhidmatan terbaru iaitu perkhidmatan jual beli jongkong emas dan dinar. Selain itu, Pos ArRahnu juga kini membeli emas lama dan emas terpakai dengan harga yang tertinggi di pasaran.

 

Soal Jawab Mengenai Ar Rahnu POS Malaysia :

 

1. Apakah keistimewaan Pos ArRahnu berbanding Pajak Gadai Islam yang lain?

Pos ArRahnu menawarkan margin pinjaman tinggi sehingga 75% dari nilai marhun.

Upah simpan yang dikenakan adalah berpatutan iaitu RM0.85 bagi setiap RM100 marhun (tertakluk terma dan syarat Pos ArRahnu).

Tempoh pinjaman yang fleksibel iaitu 6 bulan + 6 bulan.

Menerima semua jenis emas.

Menerima jongkong emas Pamp Suisse sehingga 100gm dan jongkong emas Public Gold dengan berat sehingga 250gm.

Kesemua barang gadaian diinsuranskan.

Perkhidmatan terdapat di 65 lokasi pejabat pos terpilih seluruh negara.

Sistem keselamatan yang canggih dan selamat.

Tiada caj tersembunyi.

2. Jenis emas apakah yang diterima sebagai gadaian?

Kami menerima emas dalam pelbagai jenis dan bentuk. Kami juga menerima jongkong emas Pamp Suisse (sehingga 100gm) dan Public Gold (sehingga 250gm).

 

3. Mutu emas apakah yang diterima sebagai gadaian?

Kami menerima pelbagai jenis mutu emas iaitu 999, 950, 916, 875, 835 dan 750.

 

4. Adakah emas dengan berlian atau batu permata diterima sebagai gadaian?

Ya. Walau bagaimanapun, anggaran berat batuan akan ditolak atas budi bicara kami.

 

5. Bagaimanakah ujian ketulenan emas dilakukan?

Kami akan menimbang barang tersebut terlebih dahulu sebelum melakukan prosedur ‘aqua regia’ untuk memastikan ketulenan emas.  Ujian densimeter akan turut dilakukan bagi menentukan isipadu serta kepadatan emas.

 

6. Berapakah upah simpan yang dikenakan setiap bulan?

Upah simpan bulanan dikenakan pada kadar RM0.85 bagi setiap RM100.00 marhun.

 

7. Bagaimanakah pelanggan boleh melangsaikan pembiayaan?

Secara ansuran (selagi masih dalam tempoh pinjaman)

Penebusan penuh

8. Adakah Pos ArRahnu menerima bayaran balik menerusi kad debit, kad kredit atau cek?

Tidak. Pos ArRahnu hanya menerima bayaran secara tunai.

 

9. Bagaimanakah pelanggan akan menerima bayaran pembiayaan?

Pelanggan akan menerima wang tunai apabila transaksi berjaya.  Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menjalankan transaksi pemindahan deposit ke akaun Maybank atau RHB Bank mereka di Pejabat Pos terpilih melalui perkhidmatan Perkongsian Perbankan.

 

10. Berapa lamakah tempoh pembiayaan yang dibenarkan?

6 bulan. Lanjutan tempoh (6 bulan) hanya dibenarkan apabila pelanggan menyelesaikan tunggakan upah simpan.

 

11. Harga apakah yang digunakan untuk penilaian marhun?

Pos ArRahnu menggunakan harga emas berdasarkan harga yang didagangkan di London Metal Exchange (LME).

 

12. Berapakah had pembiayaan bagi setiap pelanggan?

Nilai pembiayaan sehingga 75%

Nilai pembiayaan minimum: RM100

Nilai pembiayaan seorang pelanggan sehari: RM50,000

Nilai maksimum terkumpul bagi seorang pelanggan: RM100,000

13. Apakah yang perlu dilakukan oleh pelanggan sekiranya mereka kehilangan Surat Akuan Gadaian (SAG)?

Pelanggan perlu melengkapkan Borang Aduan Kehilangan dan mendapatkan pengesahan daripada mana-mana Pesuruhjaya Sumpah.

Pelanggan perlu menyerahkan borang serta dokumen yang diperlukan di cawangan untuk mendapatkan salinan SAG.

Denda RM10 akan dikenakan untuk setiap SAG yang dikeluarkan.

14. Berapa lamakah tempoh untuk mendapatkan salinan baru SAG yang hilang?

Sekiranya kesemua dokumen sokongan lengkap, salinan baru akan diberikan serta-merta.

 

15. Bolehkah penggadai menghantar wakil untuk membuat penebusan barang gadaian?

Tidak. Jika pelanggan tidak boleh hadir (atas sebab kematian, dipenjarakan atau dimasukkan ke hospital), wakil perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti Sijil Kematian, Surat/Laporan daripada Doktor atau Warder, dan lain-lain.

 

16. Bolehkah gadaian ditebus secara sebahagian sahaja?

Tidak. Dua atau lebih barang yang digadai dalam satu SAG perlu ditebus bersama.

 

17. Siapakah yang boleh membuat gadaian di Pos ArRahnu?

Warganegara Malaysia

Penduduk Tetap (PR)

Warga Asing dengan pasport yang sah

Berusia 18 ke atas

18. Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat gadaian?

Warganegara Malaysia: Kad Pengenalan asal

Pemastautin Tetap: Kad Pemastautin Tetap asal

Warganegara Asing: Pasport asal dan masih sah

19. Sekiranya pelanggan terlupa membawa kad pengenalan, adakah Pos ArRahnu menerima lesen memandu yang asal untuk pengesahan?

Tidak.

 

20. Bolehkah pembiayaan tambahan dilakukan?

Ya, tertakluk kepada had maksimum pembiayaan individu sebanyak RM100,000.

 

21. Bolehkah pelanggan melakukan transaksi sekiranya kehilangan SAG sedang dijalankan?

Ya, tertakluk kepada had maksimum pembiayaan individu sebanyak RM100,000.

 

22. Apa akan terjadi sekiranya pelanggan tidak menuntut barang gadaian selepas tempoh 6 bulan?

Barangan akan dilelong pada bulan berikutnya.

 

23. Sekiranya lelongan mempunyai lebihan baki, bolehkah pelanggan menuntut jumlah tersebut?

Baki lelongan akan dikembalikan kepada pelanggan setelah ditolak upah simpan, jumlah pembiayaan dan caj pentadbiran sebanyak 3%.

 

24. Siapakah yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut?

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi:

Laman sesawang www.pos.com.my; atau

Talian Khidmat Pelanggan di 1-300-300-300; atau

Hubungi cawangan Pos ArRahnu.  Senarai cawangan ada di sini.

25. Adakah perkhidmatan lain yang disediakan oleh Pos ArRahnu?

Selain perkhidmatan pajak gadai Islam, Pos ArRahnu juga menawarkan perkhidmatan berikut:

ArRahnu Simpan

ArRahnu Cuci

Penilaian emas secara percuma

Penilaian zakat emas secara percuma

Jual beli jongkong emas Public Gold

Jual beli jongkong emas Pos Malaysia edisi terhad 1gm

Belian balik emas lama, rosak atau terpakai

26. Apakah ciri-ciri  keselamatan yang ditawarkan oleh Pos ArRahnu kepada semua pelanggan?

Semua transaksi dilakukan di hadapan pelanggan

Ruang/bilik di dalam premis pejabat dilengkapi dengan ciri keselamatan terkini seperti CCTV, penggera keselamatan dan bilik kebal.

Pos ArRahnu mempunyai prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi pada setiap masa

Kesemua barang gadaian di Pos ArRahnu diinsuranskan

Pos ArRahnu melakukan audit bulanan ke atas setiap cawangan bagi memastikan semua prosedur dipatuhi

 



Sebarang pertanyaan lanjut tentang ArRahnu Pos, anda boleh rujuk secara langsung dengan Pos Malaysia Berhad.

Semoga bermanfaat.




Comments

Popular posts from this blog

Public Gold LBMA Bullion Bar 0.5g (Au 999.9) - Wealth Card

BUNGA MAS PUBLIC GOLD

BOOK AN APPOINTMENT SEBELUM KE CAWANGAN PUBLIC GOLD