KELEBIHAN SILVER SEBAGAI SIMPANAN
KELEBIHAN SILVER SEBAGAI SIMPANAN
.
1⃣Silver digunakan sebagai mata wang lebih meluas berbanding emas
.
Berdasarkan sejarah, silver lebih banyak digunakan sebagai mata wang berbanding emas.
Silver digunakan sebagai mata wang ada dinyatakan dalam al-Qur'ān, antaranya:
.
وَشَرَوۡهُ بِثَمَنِۭ بَخۡسࣲ دَرَ ٰهِمَ مَعۡدُودَةࣲ وَكَانُوا۟ فِیهِ مِنَ ٱلزَّ ٰهِدِینَ
Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya (Yūsuf) dengan harga yang murah, (iaitu beberapa) dirham (matawang perak) sahaja bilangannya; dan adalah mereka padanya (urusan jual-beli tersebut) orang yang 'zuhud'.
[Sūrat Yūsuf, 12:20]
.
وَكَذَ ٰلِكَ بَعَثۡنَـٰهُمۡ لِیَتَسَاۤءَلُوا۟ بَیۡنَهُمۡۚ قَالَ قَاۤىِٕلࣱ مِّنۡهُمۡ كَمۡ لَبِثۡتُمۡۖ قَالُوا۟ لَبِثۡنَا یَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ یَوۡمࣲۚ قَالُوا۟ رَبُّكُمۡ أَعۡلَمُ بِمَا لَبِثۡتُمۡ فَٱبۡعَثُوۤا۟ أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمۡ هَـٰذِهِۦۤ إِلَى ٱلۡمَدِینَةِ فَلۡیَنظُرۡ أَیُّهَاۤ أَزۡكَىٰ طَعَامࣰا فَلۡیَأۡتِكُم بِرِزۡقࣲ مِّنۡهُ وَلۡیَتَلَطَّفۡ وَلَا یُشۡعِرَنَّ بِكُمۡ أَحَدًا
Dan demikianlah Kami telah bangkitkan mereka (daripada tidur mereka), supaya mereka saling bertanya sesama mereka. Salah seorang antara mereka telah berkata (bertanya): "Berapa lamakah kalian telah tidur?" (sebahagian daripada) mereka telah berkata (menjawab): "Kami telah tidur (selama) sehari atau sebahagian daripada sehari". (Sebahagian lagi daripada) mereka berkata (menjawab): "Tuan kalian lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; maka (sekarang) bangkitlah (utuslah) salah seorang daripada kalian dengan wang perak kalian ini ke bandar; kemudian hendaklah dia memerhati (mencari dan memilih) mana-mana makanan (yang terjual di situ) yang lebih suci (halal lagi baik); kemudian hendaklah dia mendatangi (membawa pulang kepada) kalian dengan suatu rezeki daripadanya; dan hendaklah dia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia (melakukan sesuatu yang) menyedarkan (walau) seorang pun akan perihal kalian.
[Sūrat al-Kahf, 18:19]
.
Dalam sīrah juga ada mengisahkan para sahabat menggunakan silver sebagai mata wang, antaranya: S. `Utsmān membeli Telaga Pemanah (Bi'r Rummah) daripada seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham.
.
2⃣Potensi kenaikan harga dan keuntungan lebih tinggi berbanding emas
.
🅰️Harga silver sekarang tengah TERSANGAT MURAH dan UNDERVALUE!
.
Nak tahu harga emas atau silver sekarang tinggi atau rendah, tengok peratus perbezaannya berbanding harga tertingginya. Semakin besar peratus perbezaan, semakin rendah dan murah harga semasa.
.
Harga silver hari ni berada di paras terendah dalam 5 tahun. Harga silver hari ni RM2.13/gram, harga tertinggi RM3.17/gram, beza hampir 50% berbanding harga hari ni. Berbeza dengan emas. Harga emas hari ni RM220/gram, harga tertinggi RM240/gram, beza sekitar 9% berbanding harga hari ni.
.
Peratus perbezaan harga hari ini dengan harga tertinggi menggambarkan potensi kenaikan harga. Semakin besar peratus perbezaan, semakin besar potensi kenaikan harga dan keuntungan.
.
🅰️Gold-Silver Ratio (GSR) sekarang XAU:XAG120, PARAS TERTINGGI DALAM SEJARAH!
.
Berdasarkan sejarah, GSR pernah berada di paras XAU:XAG35 sebelum tahun 1971. Selepas tahun 1971, GSR berubah-ubah dan naik-turun. Pada tahun 2011, GSR pernah turun sehingga ke paras XAU:XAG30. Sekarang, GSR berada di paras XAU:XAG120.
.
Bayangkan ketika GSR di paras XAU:XAG120, kita membeli dan menyimpan 120 gram silver. Apabila berlalu masa, GSR mengecil ke paras XAU:XAG. Dengan 120 gram silver yang pada awalnya (GSR XAU:XAG120) bersamaan 1 gram emas, apabila GSR mengecil ke paras XAU:XAG30, kita mampu membeli 4 gram emas.
.
Kita cuba kaitkan nisbah ini dengan nishāb zakat emas dan silver. Nishāb zakat emas ialah 85 gram, hari ni bersamaan RM18,700; manakala nishāb zakat silver ialah 595 gram, hari ni bersamaan RM1,267.35 sahaja.
.
Nishāb zakat emas hampir 15 kali ganda lebih tinggi berbanding nishāb zakat silver. Jika nisbah nishāb zakat emas dan silver ini sepatutnya 1:1 (85 gram emas = 595 gram silver), maka harga silver sepatutnya sekitar RM30/gram, bukan RM2.13/gram. Beza sekitar RM28/gram, banyak tu!
.
3️⃣Silver ialah logam industri
.
Silver digunakan dalam industri lebih banyak berbanding emas. Selain sebagai mata wang, perhiasan dan pelaburan, silver juga digunakan dalam industri perubatan, komunikasi, pengangkutan dan lain-lain. Tamadun moden ini sukar dibina tanpa silver.
.
Penurunan silver sekarang disebabkan permintaan silver dalam industri berkurang akibat COVID-19 yang merencatkan industri dan ekonomi. Namun, apabila keadaan kembali seperti biasa (cuma ana tak tahu bila akan berlaku), kelancaran industri dan kestabilan ekonomi akan menyebabkan peningkatan dalam permintaan terhadap silver, yang akan meningkatkan harga silver.
.
4️⃣Lebih pantas meningkatkan motivasi untuk menyimpan
.
Dengan budget sekitar RM600, anda boleh dapatkan silver bar 250 gram berdasarkan harga hari ini RM2.13/gram. Dengan silver bar 250 gram tersebut, anda boleh sentuh, pegang, angkat dan rasa beratnya, jilat, gigit atau apa-apa sahaja yang anda nak lakukan menikmati silver bar tersebut. Dengan menikmati silver bar tersebut, boleh meningkatkan motivasi diri anda untuk terus membuat simpanan.
.
Berbeza dengan emas. Dengan budget RM600, anda hanya boleh dapat 2 wafer emas 1 gram dan 1 wafer emas 0.5 gram sahaja. Anda tak dapat menikmati wafer-wafer emas tersebut sebagaimana anda boleh menikmati silver bar 250 gram. Tidak terasa berat mengangkat wafer emas seberat 2.5 gram. Motivasi dalam menyimpan emas tidak sepantas dan sekuat menyimpan silver.
.
5⃣Cara terpantas menjadi pemberi zakat harta
.
Jika anda bercita-cita menjadi pemberi zakat harta, saya syorkan anda simpan silver. Menyimpan silver ialah cara termudah dan terpantas untuk berkelayakan menjadi pemberi zakat harta. Nishāb zakat silver ialah 595 gram. Berdasarkan harga silver hari ni RM2.13/gram, nishāb zakat silver bersamaan RM1267.35 sahaja. Sedikit dan mudah, kan? Mahasiswa pun boleh capai.
.
Berbeza dengan emas. Nishāb zakat emas ialah 85 gram. Berdasarkan harga emas hari ni RM220/gram, nishāb zakat emas bersamaan RM18,400. Hampir 15 kali ganda berbanding nishāb zakat silver. Tak banyak orang, lebih-lebih lagi mahasiswa, yang mampu menyimpan sehingga sebanyak itu.
.
6⃣Ancaman keruntuhan Sistem Kewangan Fiat
.
Apabila berlaku ancaman terhadap Sistem Kewangan Fiat, pelabur dan orang ramai akan panik dan kelam-kabut ingin tukarkan mata wang fiat mereka dan selamatkan nilai kewangan mereka dengan aset material yang mampu menyelamatkan dan melindungi nilai kewangan dan kekayaan mereka.
.
Pada mulanya, boleh jadi emas akan meningkat dahulu kerana orang kaya, berada dan berkemampuan akan segera membeli dan menyimpan emas. Apabila harga emas meningkat ke tahap yang orang kelas pertengahan merasakan harga emas terlalu tinggi, maka mereka akan cari alternatif lain yang mampu memberi fungsi sama seperti emas tetapi pada harga yang lebih murah dan berpatutan.
.
Pada ketika itu, silver akan menjadi sasaran. Banyak orang akan berebut membeli dan menyimpan silver, yang akan meningkatkan harga silver dengan peratusan jauh lebih tinggi berbanding emas.
Comments
Post a Comment