APAKAH ITU LBMA DAN KENAPA MEMBELI SERTA MENYIMPAN EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD YANG BERSTATUS LBMA DALAM PELABURAN EMAS FIZIKAL.

LBMA (London Bullion Market Association) adalah organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia. Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga spot” pasaran profesional. LBMA ialah persatuan perdagangan antarabangsa, yang mewakili pasaran London untuk jongkong emas dan perak yang mempunyai asas pelanggan di peringkat global.

 

LBMA bekerjasama dengan London’s foreign exchange (pertukaran asing London) dan pasaran wang untuk memajukan dan mengikuti kod produk yang diluluskan oleh kedua-dua Bank of England dan pengawal selia UK, Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA ). Keanggotaan LBMA dikawal ketat dimana pemohon hendaklah ditaja oleh tiga orang ahli sedia ada yang mempunyai hubungan yang kuat, berterusan dan berasaskan hubungan-emas untuk sekurang-kurangnya 12 bulan. Setiap penaja juga perlu mengesahkan mereka sendiri mengenali pelanggannya dengan tekun berdasarkan “Kenali Pelanggan Anda” sebelum pemohon boleh pergi ke Jawatankuasa Keahlian untuk memastikan ketinggian kualiti dan reputasi keahlian LBMA.

LBMA ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh ‘Bank of England’ dengan keahlian sehingga kini sekitar 145 syarikat dari 21 buah negara seluruh dunia dari pelbagai sektor antaranya pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang. Antara syarikat yang di akreditasikan oleh LBMA adalah syarikat pengeluar emas dan perak terbesar Turki dan merupakan satu-satunya syarikat pengeluar emas di Turki yang tersenarai LBMA iaitu Nadir Metal Rafineri, NMR.

 

Nadir Metal Rafinari, NMR adalah pengeluar emas dan perak terbesar di Turki. Pengasas dan pemilik Nadir Metal Refinery bernama Nadir Tütüncü yang merupakan billionair dan usahawan Islam tersohor di Turki. Beliau memulakan perniagaan scrap gold sejak tahun 1967. Pada tahun 1993 beliau menubuhkan Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti. Pada tahun 1999, beliau menandatangani perjanjian usaha sama dengan Degussa Jerman iaitu sebuah syarikat perdagangan emas dari Jerman dan mewujudkan syarikat kerjasama bernama Nadir-Allgemeine. Pada tahun 2001, Nadir Tütüncü membeli semua pegangan di dalam syarikat Nadir-Allgemeine dan meneruskan operasi dengan nama Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti. Nadir Metal Refinery merupakan syarikat pertama Turki yang disenaraikan sebagai ahli LBMA – London Bullion Market Association iaitu pada Disember 2011 untuk emas dan Jun 2012 untuk perak. Syarikat NMR juga di senaraikan oleh Istanbul Gold Exchange (Borsa Istanbul) pada januari 2008 dan Dubai Stock Exchange (DMCC) pada oktober 2009.

 

“Nadir Metal Refinery has been accredited by Istanbul Gold Exchange (Borsa Istanbul) in January 2008, by Dubai Stock Exchange (DMCC) in October 2009 and by London Good Delivery Association (LBMA) in December 2011, as the first company in Turkey, in 2011 for gold and in 2012 for silver.”

 

Produk emas dan perak Public Gold ditempah khas dari syarikat Nadir Metal Refineri melalui kerjasama sebagai rakan niaga pada 15 Januari 2015. Majlis Menandatangani Penjanjian Persefahaman (MoU) dengan Nadir Metal Rafineri dan Oracle ERP Solutions di Wisma Public Gold, Batu Maung. Hadir sama, Pengurus Jualan Nadir Metal Rafineri, Firat Sekerci dan Pengurus Besar Pasaran Malaysia dan Filipina Oracle Corporation, Nik Feizal Hanafi dan Pengarah Oracle Gold, Marshall Gan. Bagi Sekerci, kerjasama yang terjalin itu membuktikan kepercayaan Public Gold terhadap syarikat yang menjadi antara pengeluar dan pembekal emas ketiga terbesar di dunia selepas China dan India. Kerjasama antara Public Gold dan Nadir Metal Rafineri dapat mengembangkan lagi pasaran Public Gold ke peringkat yang lebih tinggi kerana memiliki pengiktirafan tertinggi di dunia. Harga emas Nadir Metal Refinery yang murah, kualitinya yang tinggi serta pengiktirafan antarabangsa dilihat mampu memberikan keuntungan yang maksima kepada pelanggan Public Gold.

 

Pengiktirafan emas LBMA adalah kemudahan dan kepercayaan ArRahnu Pos Malaysia yang menerima pajakan atau gadaian jongkong emas Public Gold tanpa melalui pengujian ketulenan emas iaitu tanpa membuka sampul atau seal emas. Bawa saja jongkong emas LBMA Public Gold di mana-mana 65 cawangan Arrahnu Pos Malaysia untuk terus memajak emas dengan mudah dan Arrahnu Pos Malaysia adalah agen korporat Public Gold yang menjual dan membeli emas Public Gold .

 

Bertindak sekarang kerana 

TIADA ALASAN UNTUK TIDAK MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD

 


Comments

Popular posts from this blog

Public Gold LBMA Bullion Bar 0.5g (Au 999.9) - Wealth Card

BUNGA MAS PUBLIC GOLD

BOOK AN APPOINTMENT SEBELUM KE CAWANGAN PUBLIC GOLD